Syd Mead : Seorang yang meniti masa depan melalui illustrasi

Syd Mead (gambar) di studio beliau pada tahun 1986 di Pasadena. (Baker/Winokur Public Relations, Inc.)


Pada tarikh tanggal 30 disember 2019 tahun lepas, dunia seni dan pereka industri dikejutkan dengan khabar berita bahawa seorang lagenda pereka industri yang juga menginspirasikan banyak lapisan pereka industri di seluruh dunia, Syd Mead, telah meninggal dunia pada umur 86 tahun.

Mendalami hasil kerjayanya yang berkepelbagaian di dalam pelbagai arena rekabentuk, portfolio profesional beliau merangkumi rekabentuk kenderaan, restoran, dan yang paling dikenali ramai, adalah set produksi yang memberikan dunia sains-fiksyen di arena perfileman global "rekabentuknya" yang dianggap sebuah standard penggiat industri berkenaan.

Syd Mead juga adalah pereka yang juga diantara hasil daripada kerjanya di arena rekabentuk industri, adalah individu yang merekabentuk kenderaan berupa futuristik untuk kegunaan set produksi filem genra sains fiksyen seperti "Blade Runner", "Tron" dan juga "Aliens". Beliau diisytiharkan meninggal dunia pada hari isnin di rumahnya di Pasadena, California. Beliau berumur 86 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir.

Teman hidup, kekasih, dan juga rakan sekerja beliau, Roger Servick, memberitahu media punca kematian Syd Mead adalah berpunca daripada lymphoma.
Syd Mead, atau nama sebenar beliau Sydney Jay Mead, dilahirkan pada Julai 18, 1933, di St. Paul, Minnesota, kepada pasangan Kenneth dan Margaret Mead. Membesar di dalam persekitaran sebuah pekan, Syd menamatkan persekolahannya di Colorado Springs dan berkhidmat  selama tiga tahun di dalam badan ketenteraan Amerika, yang menempatkan beliau di Okinawa.

Pada tahun 1959, beliau menjadi graduan daripada Art Center College Of Design, Pasadena dimana kerja pertama beliau sebagai seorang pereka industri bermula daripada syarikat pengeluar kenderaan Ford. Di situ,beliau bekerja di bawah divisyen Advanced Styling Studio, tempat permulaan keminatan beliau terhadap melakar inspirasi masa depan yang serba futuristik.

Memasuki tahun 1970, beliau membuka syarikatnya sendiri dibawah nama Syd Mead Inc, dan menyediakan perkhidmatan rekabentuk melangkaui pelbagai permintaan industri, daripada rekabentuk dalaman dan luaran, restoran, katalog dan banyak lagi.

Tahun-tahun mendatang, beliau sangat dikenali dengan set produksi filem sains fiksyen "Blade Runner" yang diarahkan oleh pengarah sains fiksyen tersohor genre tersebut, iaitu Ridley Scott. Antara tema yang kerap digunakan oleh beliau adalah sebuah visual dengan interpretasi makna yang mendalam serta futurism untuk menggambarkan visi sebuah masa depan di dalam mindanya.

Neo-futurism Los Angeles 2019, lakaran visual untuk penataan konsep produksi untuk set filem Blade Runner, 1980



Gaya visual masa depan beliau yang menggambarkan masa depan global adalah sebuah penerokaan teknologi yang mengambilkira elemen seperti bandaraya terancang, kereta terbang, dekorasi fesyen yang tersendiri sarat dengan tona warna dan bentuk yang cukup mengasyikkan dan tersendiri, menjadi ikon dan mempengaruhi segenap sudut industri yang ditampilkannya.






Ini termasuklah rekabentuk arkitek, industri anime, produk industri, dan gaya visual yang menjadi sinonim dengan genre sains fiksyen sehinggalah ke hari ini.

Beliau juga turut merekabentuk bahagian dalaman jet persendirian mewah untuk pelanggan korporat, pertunjukan fesyen, ilustrasi konsep untuk pra-produksi penggambaran filem, dan juga ilustrasi serta penataan visual untuk syarikat pembuat permainan video seperti siri popular franchais Gundam dan Final Fantasy di Jepun. Pengaruh seni visual Syd Mead juga turut menjadi sebahagian daripada penggerak populariti bandaraya moden Tokyo, dimana bandaraya moden tersebut yang disulami neon serta pantulan cahaya daripada gerimis hujan menjadi inspirasi seni visual bagi anime seperti Akira, Dominion, dan Ghost In The Shell.


Gundam Turn-A, illustrasi Syd Mead untuk Bandai, pemegang lesen francais Gundam.



Tidak hairanlah beliau juga turut digelar sebagai "Visual Futurist", di kalangan penggiat industri serata dunia. Beliau adalah seorang insan yang mengimpikan dan meniti sebuah masa depan yang penuh dengan nilai optimisism, hanya melalui kugiran sebuah pena dan warna serta daya imaginasinya yang tidak terjangkau oleh mana-mana pihak, sebelum, kini, dan seterusnya.

"There are more people in the world who make things than there are people who think of things to make. "  - Syd Mead



https://www.polygon.com/2019/12/30/21043317/syd-mead-death-december-2019-blade-runner-aliens

https://www.nytimes.com/2020/01/03/arts/design/syd-mead-dead.html

https://en.wikipedia.org/wiki/Syd_Mead

https://www.cardesignnews.com/designers/the-lasting-appeal-of-syd-meads-turn-x-gundam/39413.article
Syd Mead, a designer whose wide-ranging work included envisioning vehicles of the future as well as helping to shape the look of environments in movies like “Blade Runner,” “Tron” and “Aliens,” died on Monday at his home in Pasadena, Calif. He was 86.

Comments

Popular Posts