Komentar : "LOST IN TRANSLATION" (2003)
Filem ini sememangnya bagaikan sebuah doku-drama olahan pembuat filem amatur tetapi seperti kata orang, "Dont judge a book by it's cover" dan sememangnya pepatah itu amat sesuai untuk filem ini.
Mungkin ramai yang dah menonton filem ini. Mungkin juga ramai yang hanya tahan suku atau separuh jalan saja kerana plotnya yang ketiadaan aksi kesan khas yang biasanya menjadi daya tarikan filem blockbuster. Tetapi, tunggu dulu.
Untuk yang melihat tajuk title-nya, mungkin akan tertanya-tanya, cerita ini mungkin cerita bosan yang memfokuskan lebih kepada plot yang kompleks serta tiadanya aksi bombastik seperti yang selalu dihidangkan di salasilah blockbuster Hollywood setiap tahun. Tetapi, filem ini tidak perlu semua itu.
Terutama sekali, jika ada diantara pembaca yang merasakan hidup mereka sudah masam suram serta tiadanya sesuatu yang akan memaniskannya, dan mahukan sesuatu yang akan menjadi gerakan untuk aspirasi hidup mereka, maka inilah dia filem yang harus ataupun berani untuk dikatakan di sini, untuk DITONTON.
Mengapa?
Kalau anda seorang yang mengimpikan pengembaraan spontan, menjelajah sesuatu yang asing, mahukan naluri kembara di dalam diri anda bergelocak semula dikala anda jatuh kemurungan akibat tekanan hidup (mungkin) ataupun tiadanya dorongan akibat semuanya terlalu rutin, dan terbiasa, anda boleh tonton filem ini.
Plotnya bukanlah kompleks sangat pun. Mengisahkan cerita diantara dua individu yang bersama-sama menjelajah sebuah tempat yang asing bagimereka iaitu di bumi Jepun, diatas pertemuan secara tidak sengaja akibat perasaan sebuah isolasi tatkala berada di bandar Tokyo. Walaupun jurang umur dan pengalaman hidup diantara dua insan tersebut bagaikan langit dengan bumi, diantara seorang wanita yang baru memasuki umur pertengahan 20'an yang bertarung dengan masalah depresi yang juga ketidakpastian akan masa depan perkahwinannya, bersama seorang lelaki sekitar 50'an yang mengalami masalah "mid-life crisis" yang juga sedang menguruskan hal kerjayanya di Jepun.
Ceritanya sejurus selepas itu mudah saja. Mereka berdua mengembara bersama, menjejak langkah menyusuri pelusuk Tokyo yang asing bagi mereka. Dikala bersama, mereka bersama mengubat kesunyian. Berkemungkinan juga berputik perasaan romantik diantara mereka berdua. Tetapi, yang lainnya kena tengok sendiri. Barulah tahu kenapa ianya antara sebuah filem terbaik mengenai naratif cinta pada tahun 2003. Menang anugerah besar pun banyak, sebutan review pula mengatakan ianya adalah sebuah filem dengan aesthetics' ambience-nya daripada penataan warna visual, setting di bandar Tokyo, serta garapan camera-work nya yang sangat luar biasa sehingga mampu menarik hati sesiapa saja yang menontonnya.
Kalau ada sesuatu yang istimewa untuk disyorkan sebagai rekomen, ianya merupakan produk yang menghasilkan filem ini. Kesenian daripada aspek seperti setting, ambience, colour timing dan soundtrack indie ber-orientasi kan nukilan tema "East & West" sebagai BGM sememangnya menghidupkan lagi gaya persembahannya yang seakan doku-drama yang berbaur indie', berbanding sebuah garapan studio besar Hollywood.
Oh ya, filem ini juga diarahkan oleh Sofia Copolla. Beliau adalah anak kepada pengarah filem Francis Ford Copolla, iaitu seorang penggiat industri filem barat yang dikenali melalui legasi filem ikonik epik gangster Itali-Amerika, iaitu Godfather's.
Pelakon veteran Bill Murray (Ni pelakon idola penulis, suka tengok gaya berselamba beliau dalam filem lakonannya) dan Scarlett Johannson membintangi watak fokus untuk filem ini, betul-betul sesuai sekali dan mantap chemistry' diantara mereka berdua. Paling suka waktu mereka berdua bersama di akhir filem untuk perpisahan terakhir. Macam nak sedih pilu pun ada bila tengok adegan tersebut (ahaha)
Tetapi, apakah intipati sebuah pengembaraan tersebut? Cinta? Pengubat jiwa terluka? Penawar sebuah depresi? Ataupun kedua pengembara "asing" tersebut telah menjumpai aspirasi untuk terus hidup? Inilah dia "vibe" yang hebat daripada filem ini yang susah nak dijumpai dalam banyak genre filem cinta di pawagam kini.
Untuk penutup, kalau skor nak diberi? 10/10 untuk rating "WAJIB TONTON". Percayalah, kesabaran untuk meniti plot permulaan yang rasa macam perlahan dan slow itu akan berbaloi dikemudian hari. Silap-silap filem ini akan jadi salah satu daripada "best-list" kau orang juga, macam si penulis ni (ahahaha)
Akhir kata, tontonilah filem ini. Mesti tak menyesal punya. Lebih baik daripada legasi Transformers nukilan Michael Bay tu, ikhlas kata.
Comments
Post a Comment