Creedence Clearwater Revival x #CCR50 : Fortunate Son Remastered HQ (2018)
Pada tahun 2018, Creedence Clearwater Revival atau CCR secara singkatannya, telah membuat video klip remastered HQ untuk single mereka yang paling dikenali secara global iaitu "Fortunate Son". Video klip untuk single "Fortunate Son" yang dibuat di dalam format HD tersebut adalah untuk menyambut 50 tahun CCR bertapak di arena muzik, bermula pada tahun formatif mereka sebagai sebuah kugiran muzik yang mengetengahkan lagu roots dan country rock untuk pergerakan aktivis counter-cultures pada tahun 1967.
Single "Fortunate Son" boleh dikatakan secara tidak rasmi adalah lagu tanda protes CCR terhadap penglibatan Amerika Syarikat di kancah peperangan Vietnam pada tahun 60'an. Ianya juga sebagai tanda solidariti terhadap anak muda Amerika yang di-draf secara tidak sukarela untuk berkhidmat di medan perang Vietnam pada tahun berkenaan.
Lagu ini juga telah menjadi sebahagian daripada pop-kultur terkenal dunia terutamanya sebagai lagu latar atau BGM (Background Music) topik berkisar mengenai pergerakan anti perang, serta konteks aktivisme di dalam nada sindiran atau secara subliminal.
Pitchfork Media menobatkan lagu ini di tangga ke 17 di dalam listing mereka "The 200 Greatest Songs of the 1960's", manakala Rolling Stone meletakkan lagu ini di tangga ke 99 untuk listing "500 Greatest Songs of All Time" mereke. Pada tahun 2013 pula, lagu ini telah diangkat oleh National Recording Registry oleh Perpustakaan Kongres (Library of Congress) dengan sebuah cakna "Culturally, historically, or aesthetically significant."
Comments
Post a Comment