Komentar : "THE SPANISH PRISONER" (1997)

"THE SPANISH PRISONER" (1997)



Pernahkah anda melalui sebuah realiti di kala hidup anda dimana ianya terasa seperti sebuah "lakonan" yang mencurigakan? Dan ini bukan kerana realiti itu sebuah artificial ataupun buatan, tetapi orang disekililing kamu yang menyebabkan kamu rasa sedemikian?

Kalau jawapannya "Ya", berkemungkinan kamu akan merasakan realiti "lakonan" tersebut adalah tentang rakan sekerja atau sahabat handai yang berpura-pura kerana mereka cuba untuk mendapatkan sesuatu daripada kamu, tetapi apa kata kalau sebenarnya plot "kepura-puraan" tersebut lebih kompleks daripada sekadar perihal rakan sekerja dan sebagainya? Apa kata kalau sebuah misteri berkenaan adalah sebuah "confidence game" ataupun, con-game yang bertujuan untuk memesongkan kamu secara perlahan-lahan dan terancang agar jenayah yang disandarkan terselindung sepenuhnya, walaupun ianya melibatkan nyawa serta perihal hidup mati kamu sendiri?

Misteri bukan? Inilah plot penggerak cerita "The Spanish Prisoner" yang diarahkan oleh David Mamet ni. Barisan pelakon nya takde lah nama besar pun melain Ben Gazzara, Felicity Huffman dan Steve Martin (Haa...Pak Lawak rambut putih hensem ni sentiasa faveret aku ahahaha. Tapi dalam filem ni dia bawak watak serius...)

Diringkaskan, kalau perenggan pertama tu mengenai "catch" mengenai plot yang cuba diketengahkan filem ni, kali ni kita boleh in-details sikit pasal cerita ni. Awas ya, mungkin mengandungi spoiler' yang tak diundang.

Ceritanya mengisahkan mengenai seorang pemuda bernama Joe Ross yang bekerja di sebuah syarikat korporat, berjaya menghasilkan formulasi industri yang dijangka akan membuatkan syarikat majikan beliau kaya-raya sekiranya formulasi tersebut berjaya dilelong dan dijualkan kepada pembida daripada pemain industri. Joe pula, mahukan sebahagian daripada keuntungan penjualan formula buatannya, dan beliau dengan majikannya, Mr Klein, akhirnya berkawan rapat.

Demi menunggu hari penjualan formulasi industri yang akan menjanjikan kekayaan buat Joe Ross, Mr Klein memberikan beliau banyak faedah termasuklah bonus, percutian mewah serta pembantu peribadi perempuan untuk beliau. Ketika mengikuti percutian yang ditaja oleh majikan ke sebuah kepulauan mewah peribadi, tiba-tiba datangnya seorang asing yang terlihat sebagai seorang hartawan budiman bernama Jimmy Dell. Dan bermulanya daripada detik tersebut, satu persatu kejadian dalam kehidupan seharian Joe Ross seperti sudah "di-skrip-kan" dan beliau menjadi amat sangsi dengan persekitarannya tetapi tidak dapat "menangkap" atau mengagak apakah beliau benar berada dalam ilusi ataupun sememangnya diperangkap dalam elaborasi permain con-game yang amat licik.

Boleh dikatakan, formulasi industri nukilan beliau yang sepatutnya memberikan beliau peluang untuk kehidupan baru menjadi perangkap antara permainan hidup dan mati kerana menjadi sasaran pelbagai pihak yang cuba untuk mendapatkan formulasi berkenaan.

Adakah ianya permainan licik daripada pembida industri? Rakan sekerja? Orang asing?

Apapun, daripada gaya penataan kamera cerita ini dan suasana noir yang ditampilkan sememangnya cukup menjadi. Sekali anda dah menontonnya besar kemungkinan anda akan terus mahu mengagak apakah tindakan Joe Ross yang seterusnya untuk cuba melarikan diri daripada komplot licik berkenaan. Tetapi, cerita ini sememangnya penuh dengan plot-twist yang agak "dasyat" juga. Susah nak diagak kalau pertama kali menontonnya tanpa sedikit pun klu yang bersifat review dan spoiler seperti yang kamu sedang baca ini.

Filem ini pun pernah disifatkan sebagai "Labyrinth of mystery by its tales-telling" oleh pengritik filem yang digelar sebagai "
connoisseur" di dalam arena review perfileman, iaitu Rogert Ebert. Beliau menyamakan tematik (thematic) serta suasana misteri yang dicapai oleh setiap shoot dan scenes bagaikan menyamai gaya serta stail Alfred Hitchcock, iaitu antara maestro dunia perfileman yang dikenali dengan mengarah filem bergaya misteri bercampur elemen noir sepertimana The Spanish Prisoner ni.

Jadi, kalau bosan tak tahu nak kemana di hujung minggu dan nak menghabiskannya dengan menonton filem yang akan membuat anda tertanya-tanya dan tercelik mata melayannya, inilah dia seleksi filem hebat yang boleh anda pertimbangkan buat tontotan epik misteri pada hujung minggu.

Verdict terakhir di sini adalah 8/10. Tak dapat perfect 10 sebab plot permulaannya saja. Yang lain selepas itu semuanya memang menerjah melayan. Penuh misteri. Ultimate roller-coaster ride bak kata orang putih hehehe.

Comments

Popular Posts