Sebuah koleksi lagenda F1 : Michael Schumacher's Cologne Exhibition
Michael Schumacher bersama pasukan F1 Marlboro Scuderia Ferrari, 2004 (Reuters) |
Bagi sesiapa yang membesar pada era 90'an serta meminati sukan permotoran, nama Michael Schumacher pastinya menjadi salah satu daripada memori anda. Nama Michael Schumacher sangat sinonim dengan Ferrari, dimana pada pertengahan 90'an, beliau berjaya membawa pasukan F1 Ferrari daripada zaman kegelapan mereka pada tahun 80'an sehinggalah pasukan tersebut berjaya merangkul 5-kali Kejuaraan Formula Satu secara berterusan bermula pada tahun 2000 sehingga 2004.
Sebagai ikon sukan bermotor berprestij dan juga menjadi wajah tidak rasmi kepada kelas tertinggi sukan permotoran di dunia iaitu Formula Satu (F1), Michael Schumacher menjadi sebuah "francais" yang menguntungkan baik daripada penaja, serta pihak advertorial yang menggunakan khidmatnya untuk tujuan penjenamaan.
Diatas segala khidmatnya yang membangkitkan salah satu nama pengeluar kereta sports Itali yang dikenali global iaitu Ferrari,serta janaan daripada kontrak pengiklanan yang begitu lumayan, tidak hairanlah koleksi peribadi Michael Schumacher yang diabadikan di Cologne, Jerman ini sememangnya menjadi tempat yang harus dilawati sekiranya anda meminati ikon permotoran dunia tersebut.
Menurut video klip di Youtube oleh Netizen berkenaan, pameran koleksi peribadi lagenda F1 Michael Schumacher berkenaan dibuat oleh isterinya, Corrine Schumacher, bagi mengabadikan kenangan serta memorabilia berkenaan bekas pelumba F1 tersebut terhadap peminatnya, selepas kemalangan pada tahun 2013 ketika berski yang menyebabkan Michael Schumacher sehingga kini dikelaskan di dalam situasi koma.
Menurut laman rasmi penganjur iaitu Motorworld Cologne, pameran serta koleksi peribadi memorabilia kereta lumba oleh pelumba lagenda tersebut adalah percuma (Free Admission). Jadi jika anda melancong ke Jerman dan bersiar-siar di sekitar Cologne, melawat pameran ini mungkin boleh menjadi salah satu daripada jadual aktiviti anda!
Comments
Post a Comment