Celoteh: Industri F&B di Malaysia daripada pengalamanku
Kata kawan aku yang selalu rapat dengan aku, "....Kalau hang Melayu mesti ada time dalam hidup kau, kau akan jejak bidang ni punyalaa. Bukan full-time pun part-timer mesti ada laa", dan beliau memang betul. Boleh dikatakan hampir 90% (aku agak je ni based daripada apa yang aku amati) anak tempatan yang menuntut di IPTA or IPTS "terjebak" dengan bidang pekerjaan sektor ini. Walaupun bukan kata hati mereka yang mereka nak bekerja di bidang berkenaan. Mengapa yaa?
Aku juga salah seorang daripada statistik kawan aku tu juga akhirnya hahaha. Banyak kali dah pulak tu menceburi bidang tersebut. Mula2 part-timer waktu mula study level diploma, sebab nak mencari duit lebih untuk kegunaan menuntut ilmu. Lepas tu lepas habis belajar, kerja pulak susah nak dapat, buat balik kerja F&B tu. Lepas dah berenti tu, tetap susah nak cari kerja lain jadinya buat lagi benda yang sama sampai dah nak masuk peringkat degree ni. Bosan dah asyik kerja bidang tu je. Mungkin boleh dikirakan aku ni dah pakar jugaklah kot dalam meniti bidang berkenaan. Resume saja ada 5 tempat F&B dah pernah aku kerja dan harung. Part-timer je laa mostly sebab bila jadi student full-time tu je yang kau termampu nak buat.
Tapi rekod aku daripada 6 bulan je hampir setahun bekerja di suatu arena F&B tersebut sememangnya menunjukkan betapa profisien nya aku dalam bidang tersebut, tapi aku tetap chow dan angkat bontot blah daripada institusi tersebut walau sudah hampir naik pangkat pun. Mengapa?
Kerana bidang tersebut memang antara kerja Mulia tapi "Paling Celaka" di negara ni. Sorry to say man....
Nak tau apa sebabnya? Ni nak explain...
1) Cuti 1 hari dalam seminggu
Ni honestly paling tak masuk akal. kenapalah tak mau ambik pekerja lebih bagi membolehkan semua pekerja dapat eligble cuti 2 hari dalam seminggu sekali turut. Macam tak cukup rehat je cuti satu hari tu dahlah kerja selalu kena indirect OT mau2 bila staff tak cukup. Bila asyik OT je, cuti 1 hari tu kau tak boleh enjoy pun. Sebab nak baring puas2 dulu lupakan hal kerja. Tapi bila fikir cuti tu satu hari je besok nak kena kerja, memang dah macam long-hours break je. Bukan holiday or off-day dah. Lepas tu menggelabah laa nak buat itu ini sebab offday tu sehari saja, at last semua lintang pukang, rehat tetap tak cukup. Bila masuk kerja esoknya masih tak segar2 jugak. Tu lah punca juga banyak orang kerja bidang ni jadi zombi hidup je. Rehat tak cukup. I've experienced it, and its true and nothing but pure harsh truth.
2) OT tak dikira boleh terjadi
Ni biasanya disebabkan bila kau ingat nak balik sebab dah cukup shift hours 8-9 jam, kau baru nak lepas position kau. Tapi, manager or boss kau merengek sebab staff kurang nak handle trafik order bertangguh yang menyebabkan kaunter jam gila dengan hutang order tertunggak tu, nanti kaulah jadi mangsa. Lepas tu tengah kau uruskan hutang tertunggak tu tetiba order baru masuk lagi, dan staff yang dah nak meninggal kejar order tapi belum cukup hours untuk balik tu mulalah mengarah kau macam kau ni patut tinggal terus je kat tempat kerja kau tu. Tak yah balik rumah, buat restoran tu tempat hidup dan mati kau. Lepas tu semua indirect action ni tak dikira OT rasmi dan akhirnya semua buat tak nampak je usaha dan keringat kau cover posisi sebab tak cukup staff punya pasal tu. Memang sial. Banyak kali dah aku terkena.
3) Posisi percubaan 3 Bulan "Wajib"
Yang ni bukan semua restoran F&B kenakan syarat sebegini, tapi di negara ni, ini memang biasa. Mengapa? Sebab turnaround-rate kerja macam ni teramat tinggi. Jadi sememangnya sebab sebegitu munasabah. Tetapi ianya tidak seharusnya dibuat untuk seseorang yang dah mempunyai pengalaman lebih daripada 2-3 kali bekerja di sektor yang sama. Yalah, 3 bulan percubaan tu memang masaklah kau kena goreng dan dibuli cukup2. Gaji sikit cipot, OT indirect tu memang macam kewajipan, dan kerja yang tak patut dalam posisi kau pun mesti ada yang memandai suruh takeover. Dan yang paling aku selalu kena straight 2 minggu percubaan tu untuk setiap bulan mesti takde cuti. Fuhh stress nak mati mental kau dengan dah penat buat kerja angkat barang, mengira dekat kaunter, layan karenah pelanggan yang tahpape, buat produk, gerak kesana kemari macam tak cukup tanah, pastu break offday tak diberikan pulak. Jadual straight je jadual untuk 2 minggu. Dia punya tertekan tu buat kau rasa nak maki je GM or manager in-shift (Pangkat mereka usually Shift-Coach) sebab boleh jadi gila tak dapat berehat yang cukup.
4) Manager "sakit mental"
Yang ni bukan semua lah, tapi mostly, atau kebanyakannya. Mengapa jadi macam ni? Sebab bila staff tak cukup diorang pun kena join buat kerja macam crew bawahan dia laa. Baju yang melambangkan pangkat dan darjat dia yang berbeza tu takde maknanya lagi. Mana taknya dia jadi "sakit mental" secara tetiba tanpa amaran hahaha. Pastu pulak jawatan Managerial arena restauranteer ni selalunya gaji naik tapi OT untuk mereka dikecualikan. Maksudnya mereka kerja mungkin kena stayback lagi lama sebab kerja2 paperwork, jaga tugasan operasi restaurant, anak buah seperti crew, delivery man, cash drawer closing revenue, stock taking count, operation management (OM) segala manpower punya kebajikan in-charge adalah tanggungjawab mereka, tapi OT hours tak ada. Gila tak gila? Jadi memang bila tension level meningkat memang expect laa ada amukan di back kitchen atau server......Kat depan depa tak marah laa sebab ada customer tengok hahahaha
5) Mentally burnout (Penat sampai barai)
Kerja restauranteer, arena F&B more or less catered around General Hospitality jugak. Kita bertanggungjawab jaga customer, ambil request diorang, handle dissatifaction diorang, buat order diorang, kemas tempat diorang nak makan, dan macam2 lagi. Kalau sesi rush hours waktu kerja bilamana customers berpusu-pusu rempuh nak makan, dan hari gaji....Memang masaklah korang. Sentiasa je tak menang tangan. Tu jangan cerita laa yang ada anak kecil pulak. Berkecai premis korang nanti. Siapa yang nak kena kemas? Korang laa customer buat derkkk je kalau kat Malaysia ni. Kesedaran sivik Zero (0), baik kopiah lebai tinggi berlilit, maupun warga korporat white-collar. More or less sama je semua. Bila kau kena keluar masuk berkali2 buat kerja mengemas tu sebab krew tak cukup, percayalaa cakap aku, 2-3 hari kerja terus murung kau jadi zombie bergerak. Indirect OT tu siap-sedialaa. Kalau kau orang baru, ini memang kewajipan....
6) Bila CV kau penuh kerja ni, Itulah dia MASA DEPAN kau
Ini bukan nak sembang buat takutkan korang. Tapi ianya benar dan banyak terjadi pada rakan2 aku jugak. Memang down gila beb. Kau belajar bidang lain dengan harapan kau tak perlu lalui career di F&B arena ni. Tapi sebab kerja susah nak dapat, nak tanggung makan minum waktu belajar dulu, kau dah banyak buat kerja ni. Akibatnya CV or Resume kau penuh experiences tersebut. Time tu nak lompat ke career lain dah susah. Habis tu kau belajar tinggi2 bidang yang tak sangkut paut pun dengan F&B tu apa cerita? Tongkah buang dalam laut? Belajar buang masa? Entahlah.
Banyak dah kawan2 aku yang pasrah dah dengan realiti semacam ni, hanya mampu mengeluh dan menangis dalam hati je. Aku pun camtu jugak. Kejam kan realiti ni.....Aku harap kawan2 aku tu, termasuk aku sendiri dapat jump-out daripada dunia F&B ni. Biarlah aku menceburi bidang ni as a boss or biz owner, bukan kerja dibawah orang atau syarikat F&B lagi. Teruk beb hidup di sektor pekerjaan ni. Sekali terkena bagaikan trauma dia seumur hidup kau tanggung lol
Okaylah tu je nak tulis buat hari ni....Next write up tak tau nak celoteh apa lagi.
Apapun adios dan selamat berjaya buat semua kenalan dan kawan2 ku di luar sana. Kalau kau terperangkap di dalam arena ni, tahan je laa dulu. Slow2 find your way out.
Comments
Post a Comment