SEBENARNYA, APA YANG ELON MUSK "PANDAI"?
Namanya menjadi sebutan di kalangan Yuppies yang pernah menjadi sebahagian daripada kultur pengasas permulaan perniagaan secara dana pembangunan strategik dan bisnes berkonsepkan inovasi tinggi, iaitu pergerakan "Startup" yang popular di Sillicon Valley.
Dikenali dengan ketokohan beliau sebagai "Startup Darling" dengan mengajak pelabur institusi persendirian untuk membiayai idea "Gila" seperti projek mega berwawasan jauh masa hadapan yang didokong oleh syarikatnya iaitu Tesla Inc, SpaceX, SolarCity, Boring Company dan pembawaan kepada perkembangan teknologi sekuriti maya seperti pengasimilasi simbiosis antara masyarakat dengan mesin melalui kaedah Deep AI yang juga menjadi sebahagian daripada projek rintisannya yang dijangka akan mengubah landskap masyarakat dan asimilasi-langsung teknologi digital.
Namun, disebalik idea "Mega" beliau yang gah di persada perindustrian berat, sesuatu yang amat jarang dicapai, atau dikejar oleh romantisism golongan Yuppies dan arena pelaburnya dalam meletakkan risiko yang menjana kepada pertumbuhan berpotensi sesuatu syarikat startup seperti empayar industri kepunyaan Elon Musk, apakah yang membuatkan Elon Musk ni lain daripada pemula startup yang lain?
SpaceX, antara syarikat "Big-Business Elon Musk yang terkenal selain daripada Tesla Inc, SolarCity dan The Boring Company. |
Jika diukur dengan sektor perindustrian yang dimilikinya, ianya ternyata bukan arena yang selalu diimpikan oleh arena pelabur institusi persendirian. Bukannya sebuah Web App, mahupun pejabat terserlah ceria berwarna warni dengan selang-seli kultur tempat kerja yang penuh dengan Bean's bags serta flexi-hours scheme, empayar Elon Musk adalah sektor perindustrian kejuruteraan jitu iaitu didalam pengelasan ekonomi, sebuah Industri Berat', yang merangkumi : Infrastruktur, Kenderaan Elektrik, Tenaga Alternatif, Aeronautik dan Aeroangkasa, Industri Perintis Teknologi Tinggi, dan Sains Gunaan.
Ini jauh sekali berbanding idealism untuk sebuah teknologi gunaan yang merubah landskap sektor pasaran pekerjaan atau terma lainnya "Job Distruption" yang menggunakan aspek menganalisis potensi peluang janaan monetari di sebuah struktur asas kemasyarakatan. Ini adalah konsep yang digunakan oleh syarikat Startup berskala "Unicorn" atau "Gergasi Perindustrian" daripada kumulatif janaan faedah secara monetari, atau nilai keusahawanan secara pendapatan terkumpul, melebihi GDP sebuah negara kecil.
Tetapi, SEBENARNYA, APA YANG ELON MUSK "PANDAI"? Apa yang menyebabkan beliau boleh mengadaptasikan sebuah pembangunan industri yang sangat berisiko dan mahal berkenaan, tetapi mampu diusahakan seperti apa yang kita lihat sekarang?
Percaya tak, selain daripada usaha gigih beliau sebagai usahawan kecil ketika era pemula teknologi perintis internet sewaktu zaman "Dot-Com Boom" tahun 90'an, ada kriteria lain yang menjadikan beliau mampu membuat empayar perindustrian berat tersebut, tetapi pesaingnya yang lain tidak mampu?
Ianya bukan sekadar wang dan dana kapital permulaan, pitching yang mendayu buat bakal institusi pelabur, atau kemahiran kejuruteraan beliau secara personal.
Tetapi, percayakah anda bahawa beliau ada satu kemahiran yang amat kritikal yang amat jarang diasah atau dimahiri oleh pemula startup lain, iaitu....MEMAHAMI BAGAIMANA EKONOMI PASARAN KAPITAL dan juga ekosistemnya secara susulan, berfungsi.
Kalau anda usahawan, secara bersendirian mahupun bersama rakan sekerja, cuba tanya balik diri anda sendiri, apakah strategi pengembangan perniagaan anda? Tanpa merujuk kepada berapa tinggikah pemahaman anda dalam struktur birokrasinya seperti karenah penubuhan syarikat dan penglesenan perniagaan serta dokumentasi, tanya diri anda, berapa banyak anda faham tentang menyusun strategi secara buku penyata kira-kira, dan struktur ekosistem kewangan perantara dengan hubungkaitnya bersama sistem ekonomi global?
Adakah anda juga faham secara jelas pengstrukturan pasaran permodalan kapital dan perundangannya dalam perangkaan strategi untuk memastikan bisnes impian anda mampu terus hidup diatas ekosistem yang digerakkan bersama suatu sudut kemasyarakatan?
Kalau anda tak jelas tentang hal berkenaan, berkemungkinan anda tak boleh menjadi seperti Elon Musk. Sekadar pandai teknologi perintis, dan ketekunan, tak menjamin anda boleh ketahap beliau jika tidak memahiri "Black Art of Capitalist's Creation" seperti yang disebutkan tu. Tak percaya tengoklah kehidupan beberapa perintis industrialis terhebat mahupun saintis, jurutera, perekacipta dan sebagainya.
Kalau bukan industri yang diwarisi, mereka terpaksa dibimbing oleh syarikat pihak ketiga seperti syarikat perakaunan dan pengurusan tadbir syarikat untuk membimbing keputusan yang terbaik untuk mereka secara keseluruhannya. Contohnya seperti empayar anak Henry Ford, Soichiro Honda, dan perintis teknologi yang mati dalam keadaifan, iaitu Nikola Tesla.
Untuk kes ini kita tengok yang paling sinonim saja dulu.
Kenal LeRoy Grumman? James McDonnell? Jack Northrop?
Kiri-Kanan : Jack Northrop, James Smith McDonnell, LeRoy Grumman |
Mereka adalah pengasas kepada penubuhan syarikat aeronautik lagenda dunia, iaitu Grumman Aircraft Corporation, McDonnell Aircraft Corporation, dan Northrop Corporation.
Ketiga mereka adalah nama besar korporat dalam dunia pembuatan kapalterbang. Tetapi model perniagaan mereka selain merintis teknologi tinggi, tidak begitu dipacu kearah pengkomersilan secara teraju untuk pelbagai bidang sebagai teknologi tambah-nilai, tetapi semata-mata kerana penambahbaikan produk yang datangnya daripada kontrak melalui sektor permintaan penerbangan awam, dan ketenteraan. Akibatnya kebergantungan syarikat berkenaan hanyalah semata-mata untuk kelangsungan produk yang dijanjikan melalui tender dan kontrak, bisnes susulan lanjutan seperti penjagaan wajib perkasasan melalui MRO, dan jaminan pinjaman kredit apungan oleh bank dan institusi berkepentingan diatas Sah Kerajaan secara terus-menerus.
Dan mereka juga tidak didokong secara terus oleh pengasasnya secara langsung selepas syarikat yang ditubuhkan mereka meraih dana melalui platform awam dan diperbadankan diatas syarikat dagangan ekuiti.
Serta, mereka juga terlalu "telus" pada operasi korporat berdasarkan norma struktur dunia pasaran kapital tersebut. Inilah yang Elon Musk tahu buat secara terancang, sebagaimana sinis pun, mampu memberikan beliau cukup "ruang dan peluang" untuk terus dengan idea gilanya yang kini masih lagi wujud, walaupun dengan keputusan dunia nyata dan penerimaannya yang bercampur-baur dikalangan pengkritik dan pengamal industri sendiri.
Okaylah, cukup setakat ini dulu. Untuk entri seterusnya, kita akan tengok, celah mana yang "gila" dan "pandai" tersebut. Diingatkan, hal Elon Musk ini bukan sekadar pandai dan celik kejuruteraan dan sains gunaan, tetapi "pandai" dalam memanipulasikan sejenis kerangka istimewa dunia korporat dan kewangan serta ekosistemnya, yang meletakkan beliau di tempat beliau sekarang.
Comments
Post a Comment