AMARAH WARGA PEKERJA DAN SIMBIOSIS KORPORAT : NISSAN DAN CERITA DISEBALIK SKYLINE GTR
Manakan tidak, mereka telah mengeluarkan beberapa nama siri kereta yang paling dikenali di seluruh dunia, digilai oleh seluruh peringkat umur dan jantina, serta kejayaannya dalam segmen jualan paling disukai umum, iaitu kategori segmen "kereta sukan" atau kereta sports, dengan siri Datsun-Nissan "Fairlady Z" atau "Z-Cars" , Nissan Silvia dan paling ikonik di arena global, iaitu siri Prince Motors-Datsun-Nissan "Skyline.
Tidak ada lagi didalam dunia mahupun Jepun sendiri, sebuah syarikat kereta yang cukup fokus terhadap siri segmen kereta sports sebagaimana Nissan, dimana mereka mengangkat segmen berkenaan sebagai "nadi" yang menghidupkan penjenamaan mereka di seluruh dunia. Syarikat Nissan juga pada tahun kegemilangannya, seringkali hampir bankrap secara penyata buku kewangan syarikat akibat fokus mereka terhadap segmen yang mahal tersebut.
"Nissan Union" adalah kesatuan pekerja syarikat Nissan yang bersifat totalitarian. Mereka bagaikan sebuah kem ketenteraan yang mengambilalih tugasan di kilang produksi, dimana sebuah "shop floor" yang menjadi tempat pemasangan, dan persiapan produk automobil pelbagai jenis di sesebuah kilang operasi dibawah seliaan Nissan. Kesatuan pekerja Nissan Union juga dinobatkan sebagai kesatuan pekerja dalam sektor UAW (United Auto Worker) sebagai yang paling berpengaruh kuasanya didalam pegangan kuasa organisasi korporat diantara kelas korporat atasan dan pegangan kuasa buruh industri.
Pada tahun 1953, adalah tahun kemuncaknya yang menukar haluan polisi buruh di dalam organisasi Nissan.Kesatuan pekerja Nissan ketika itu yang memuncak semangat semangatnya dalam kempen anti-komunis, menjadikan semangat tentera AS yang menentang Korea Utara ketika Perang Korea (US-Korean War) sebagai aspirasi untuk menuntut kenaikan gaji dan perubahan persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif untuk mereka berkerja.
Ketika era Perang Korea, Nissan juga menjadi hub pengeluaran peralatan dan platform pemasangan kenderaan ketenteraan untuk tentera AS. Sehabis saja konflik perang berkenaan, Nissan ditinggalkan dengan buku kewangan yang teruk. Bahagian Korporat Nissan cuba melaksanakan plan rasionalisasi dengan membawa kesatuan pekerja mereka ke meja rundingan untuk pemotongan gaji, bonus, dan hub pemasangan yang dijangka akan membuat serapan konsolidasi hutang yang akan juga menyebabkan kehilangan 2,000 sektor pekerjaan dalam rantaian bekalan produksi Nissan.
Akibatnya, "100-Days Strike" pada tahun 1953 yang dikuasakan oleh Nissan Union berlaku selepas plan rasionalisasi korporat gagal mencapai kata sepakat. korporat atasan mengadakan plan serangan balas dengan mengunci pekerja di kilang, pemberhentian mengejut dan surat berbaur ugutan. Tetapi Nissan Union, dengan kuasa dan pengaruh mereka, mampu menggerakkan hampir 20,000 pekerjanya untuk berdemonstrasi atas perjuangan mereka. Dengan semangat a la tentera, mereka berlawan dengan kuasa korporat dengan merusuh sehinggalah produktiviti Nissan terjejas teruk, dan kewangan korporat yang menjadi kritikal susulan kes mahkamah, bil kecuaian tempat kerja, pengarahan polis untuk mengawal keadaan sehinggalah unit ketenteraan daripada JDF dan AS terpaksa campur tangan untuk meredakan situasi yang parah tersebut.
Nissan Union akhirnya dibentuk semula dengan ketua kesatuan baru iaitu Shioji Ichiro. Ichiro, bekas penuntut Harvard Business School dibawah tajaan kerajaan AS, membawa suatu rundingan perdamaian. Beliau menuntut untuk sebuah perjanjian yang membawa kepada keutamaan untuk mendapatkan pemotongan gaji untuk menyelamatkan 2,000 pekerjaan bersama sebuah kompromi :" Sebuah autonomi untuk Nissan Union mengawalselia produksi di bahagian kilang pengeluaran", dan mengajukannya kepada badan korporat atau subordinat atasan sekiranya idea tersebut dirasakan perlu.
Walaupun berat idea tersebut untuk menjadi aset diplomasi beliau, akhirnya beliau berjaya memujuk warga pekerja yang dipimpinya untuk bersama mengundi terhadap idea berkenaan. Rasionalnya, pemotongan gaji itu diperlukan di sektor korporat Nissan agar mereka boleh melaksanakan penstrukturan kewangan dan menjalankan amanah mereka untuk terus patuh pada pembayaran hutang kepada pelabur, bon kewangan, dan sebagainya. Tindakan tersebut menyelamatkan Nissan dan akhirnya warga pekerja Nissan menjadi rakan perniagaan bersama.
Persetujuan tersebut menyebabkan sebuah susunatur baharu didalam hierarki organisasi Nissan. Diantara 1955 hingga 1973, Nissan telah membuat pengembangan korporat dalam empayar bisnes mereka, dengan bantuan yang didorong diantara kesatuan pekerja mereka sendiri, serta korporat atasan yang memantau mereka. Boleh dikatakan sebuah simbiosis antara warga pekerja-kesatuan pekerja-badan korporat terwujud demi menjaga kepentingan sesama mereka.
Tanpa badan korporat yang akan menjaga kepentingan Nissan secara rangkaian bisnes dan persefahaman strategik secara sinergi, tiadalah kerja buat warga kerja di Nissan Union. Tanpa Nissan Union, Nissan tidak mungkin boleh hidup diatas apungan korporat akibat tidak mampu mengeluarkan produk dan menguruskan projek yang dimeterai oleh rakan strategik di badan korporat itu sendiri. Mereka faham akan kepentingan hidup bersama, dan Ichiro akhirnya dilantik menjadi presiden Confederation of Japan Automobile Workers Unions, dimana ianya menjadi satu badan figura kesatuan pekerja paling besar di dalam arena warga tenaga buruh Jepun.
Model yang menjulang nama Nissan sehingga sekarang, dan yang paling popular serata dunia, serta antara yang paling terhad unit pengeluarannya, Nissan Skyline R34 GT-R V-Spec Nur' Edition. |
Diatas kejayaan serta kesaksamaan tersebut, Nissan berjaya mengorak langkah secara agresif untuk penyatuan korporat, dalam perluasan portfolio perniagaan dan penjenamaan secara menyeluruh mereka di arena dunia automobil. Pada tahun 1966, diatas saranan Nissan Union, dan untuk menambah peluang pekerjaan serta perancangan strategi penjenamaan portfolio, Nissan membeli Prince Motors dan menambah portfolio jenama Prince paling terkenal iaitu siri "Gloria" dan "Skyline". Pembelian berkenaan akhirnya memberikan Nissan Union kelebihan untuk bersama Nissan dalam aspirasinya untuk mengejar segmen kereta yang lebih "upmarket", dengan harapan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan melakukan operasi di sana.
Dalam memastikan barisan korporat atasan menghormati dan memahami institusi warga pekerja, dalam kes Nissan, ekskutif di dalam bahagian korporat yang akan menjadi subordinat atasan bagi warga pekerja di bahagian paling bawah seperti bahagian pemasangan akhir produk dan kilang, menjadi atau dinobatkan sebagai ketua Kesatuan untuk beberapa tahun. Budaya organisasi sebegini telah membentuk simbiosis kekeluargaan antara warga pekerja dan warga korporat mereka. Salah satu daripada kesedaran bersama tersebut berlaku ketika proses perdamaian protes 100 hari tersebut dimeterai, iaitu perbincangan tersebut dilakukan di restoran kelas tinggi, dan bukannya sekadar berjumpa di tapak kilang untuk membincangkan diplomasi yang dirasakan "menang-menang" tersebut.
Institusi korporat ketika itu sudah menganggap bahawa mereka adalah rakan bisnes bersama sekiranya mereka mahu melihat Nissan untuk keluar daripada krisis berkenaan.
Nissan pada tahun 1960, julat purata pekerja di sektor pembuatan Nissan mendapat kira-kira $36,700 secara tahunan. Pada tahun 70'an, jumlah tersebut menjadi sekali ganda, dan ketika di zaman kegemilangannya yang dipacu oleh empayar bisnes global yang berjaya bersama produk kereta sports "Fairlady Z" dan portfolio daripada Prince Motors iaitu "Gloria" dan "Skyline", julat purata pekerja naik 6 kali ganda iaitu sekitar $220,400 secara tahunan.
Dikala kewangan yang merudum tahun 90'an berbanding era kebangkitan mereka yang bermula pada tahun 70'an dalam mendominasi pasaran antarabangsa, siri kereta sports mereka yang paling ikonik iaitu "Skyline", "Z-Cars" atau "Fairlady Z" hampir menghembuskan nafas terakhir untuk dijual kepada pembida portfolio berkenaan. Walaubagaimanapun, ianya diselamatkan oleh permeteraian persefahaman antara Renault daripada Perancis yang menjadi penyelamat kepada tahun-tahun kewangan yang mendatang bermula daripada sinergi tersebut secara rasmi pada tahun 2000.
Renault-Nissan Alliance (1999-Sekarang) |
Penyelamatan Nissan oleh amarah warga pekerjanya telah melahirkan dunia ini dengan legasi Nissan yang dikenali di arena automotif kini, iaitu siri kereta sports Nissan Skyline GTR atau nama jolokan popularnya "The Godzilla", serta "Z-Cars" atau "Fairlady Z" yang cukup terkenal dengan segmen pemasaran "Kereta Sports Bergaya Eropah Mampu Milik" untuk semua.
Comments
Post a Comment