" JOB TRAINING DI REPUBLIC OF KOREA (ROK) APRIL-MAY 2022: DIARI MEMORI"

 
Lama dah aku tak menulis kat blog ni, tapi atas sebab ada assignment memerlukan aktiviti menulis diari hidup ni, aku pun cuba segala yang terdaya untuk menulis entri di blog ini.

Alang2, aku pun dah ada pengalaman menarik untuk masuk jadi entri blog ni. Apadia tu? Haaa....Aku dapat full corporate sponsorship oleh syarikat luar Korea-Jepun untuk buat OJT atau "On Job Training" disana. Sejak dunia kena pandemik dan lockdown ni, ekonomi hancur satu dunia, memang amat susah nak dapat offer macam ni. Tapi mungkin atas sebab terlalu bernasib baik, atau "kesilapan teknikal" oleh pihak yang bakal jadi majikan aku tu, aku dipersembahkan dengan offer yang aku kira "Once In A Lifetime' macam ni hahahaha.

Kenapa "Kesilapan Teknikal"? Haa, tu nanti cerita dah progress, aku sentuh hal tu. Tapi buat masa ni, kita cerita hal kejadian daripada permulaannya, di waktu time aku tak ambik port pun pasal email persuasion untuk aku attend interview syarikat yang bakal sponsor OJT aku selama hampir sebulan di ROK tu kelak.

Sebenarnya aku dah kerja dekat kompeni logistik di Puchong ketika offer tu ditawarkan. Dah nak jadi Supervisor hub dah pun sebab zaman covid ni pekerja banyak dah tak mau kerja. Jadi aku pun redah je lah ambik kerja tu, ye dok?


Ni haa time kerja kat kompeni logistik tu. Antara yang tengah ngetop kat Malaysia ni, tapi hampeh, pekerja jaga hub selalu shortage. Time ni sidai daripada pukul 3 ptg masuk shift, pagi besok pukul 6 baru dapat balik. Barang nak sort beribu, pekerja dalam warehouse 3 orang, gila kan?




Disebabkan hal2 cilaka berkenaan, aku pun decide untuk tak ambil offer untuk naik pangkat jadi Supervisor dulu dekat situ. Kalau tidak, aku kena convert jadi status full-time, bukan part-timer macam yang aku tengah buat tu. Memang akan masak lah kalau pekerja tak cukup memanjang tapi kau kena jaga tempat tu macam benda tu lah hidup mati kau setiap hari. So aku pun sambil pi kerja, sambil tu cari peluang lain.Macam2 lah aku apply. Biasanya dalam sehari aku cuba apply apa2 je yang aku consider okay kena dengan diri aku, up to 10 or so kat apa2 laman web kerjaya, pastu tengok apa yang kena.

Lepas beberapa hari tu, aku dapat email serta susulan seperti phone calls dan Whatsapp daripada sorang orang Korea ni. (Nama rahsia) Dia boleh speak dan write considerable levels of english, so kitorang boleh ada interaction bersama. Lepas tu email tu disusuli dengan sorang yang kata dia ni kawan dengan si Korea ni tapi dia ni daripada Jepun. Time tu aku dah macam "WHAT THE FVCK IS GOING ON?"

So, aku tak sure nak pursue apa yang depa claim yang macam aku ni "amat penting" untuk diorang buat assessment ke hapa. Therefore, hidup aku just fokus current study dan pi kerja dekat hub warehouse tu saja. Memandangkan interview yang diorang alu-alukan sangat untuk aku hadir tu pun dah dekat, the next day aku punya off-day, aku buat siasatan sendiri untuk alamat yang diorang mentioned tu. Aku musykil jugak, tapi better siasat dulu. Lucky me, sebab banyak sangat buat kerja gig delivery, baju delivery rider pun ada lagi, so senang lah nak penetrate apa2 bangunan yang ada sekuriti ni. Mention dekat guard "Nak hanto makanan kat alamat alah ni..." biasanya terus lah lepas masuk kawasan bagunan tersebut hahaha.

Ni dia punya Whatsapp tu aku pi siasat sendiri. Semua spot-on macam apa yang diorang mentioned. So aku terfikir waktu tu "patut ke aku ambik serius hal ni", sebab all these things seems so messed up, it makes and ticks all the right stuff for further suspicious....



Sekali betul lah pulak. Apa yang dia mentioned semua legit. Terus aku rasa, kesian pulak depa dah arrange macam2 ni. "Pergi je lah interview tu apa nak jadi pun" dah set dalam kepala hotak ni. So, aku prep apa2 yang patut untuk pi interview tersebut walau apa nak jadi pun.

Ni ada suruh lukis potret gambar yang dia bagi as final exam, which aku tak expect pun. Tapi oh well, I did it still. In under 25 minutes lol. So, depa suruh sign documentation yang bertulis, if aku dapat callback, aku bersetuju untuk next term of orders daripada diorang. Since aku tahu aku ni jenis always out of luck, aku "sign" je lah dalam keadaan yang tak berapa serious manner pun. As long diorang happy sudah.


So, hari interview tu aku pun pi je lah. Layankan apa je yang mereka nak. Ada 2 orang kat situ. Satu director kompeni tu, satu lagi CEO dia. Sorang Korea sorang Jepun. Yang Korea tu reti converse in english. Yang lagi satu tu tak reti speaking in english rasanya. So si Korea tu je laah yang dok layan aku plus bagi examination. Mostly exam dia about melukis, on all sort of aspect. Selamat lah aku punya creative livelihood macam kerja buat 3D modelling, sketching, project archives, banyak ada rekod, so depa tahu aku tak sembang punya hahahahahahaha.

Oh ya, lepas tu, diorang bagi aku duit tambang transport untuk aku balik dari situ. Adalah dalam RM50. Fuh, untung dapat duit free hari tu. Sakan lah kan ada duit poket percuma, siapa nak bagi haha. As usual, petang tu aku pi je lah balik kerja dekat syarikat logistik yang tak pernah cukup staff onboard tu.

Next part, aku sambung dengan part "Final Initiation" sebelum diorang admitted aku untuk full sponsorship pi ROK buat job training. Sumpah, ni pengalaman yang paling best, pelik, plus suspicious all the way sebelum hari onboarding flight tu betul2 tiba. Dan mungkin juga "Costly mistakes" yang management depa dah buat untuk pilih aku jadi candidate ulung (Depa lah yang claim, bukan aku. Aku tahu offer sedap, pastu dah agak clear sikit suspiciousnya, aku signed in je lah kikiki)

Ahh man, what a great experiences for Post-Lockdown World of Covid's since 2020!





Comments

Popular Posts